Laman Utama / Tender

Cadangan Kerja-Kerja Membekal, Menyewa Dan Menyelenggara Dua Puluh Lima (25) Unit Mesin Penyalin Digital (Fotostat) Warna “Medium Duty” Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam

Majlis Bandaraya Shah Alam · T 138/2026
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Tender
Petender Majlis Bandaraya Shah Alam
No. Tender T 138/2026
Tarikh Iklan 30 Jun 2026 - 23 Jul 2026
Tarikh Jual 1 Jul 2026 - 22 Jul 2026
Tarikh Tutup 23 Jul 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender Majlis Bandaraya Shah Alam di Jabatan Kontrak & Ukur Bahan, Tingkat 8 (Lift A), Wisma MBSA
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Negeri SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 200.00
Syarat Tender

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

DOKUMEN TENDER

Dokumen Tawaran boleh disemak pada waktu pejabat di Kaunter Bahagian Tender & Ukur Bahan, Majlis Bandaraya Shah Alam, Tingkat 8 (Lift A), Wisma M.B.S.A., Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan mulai tarikh iklan disiarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Tender & Ukur Bahan di talian 03-55105133 sambungan 1297, 1445, 1590 dan 1665.

Pemborong terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara On-Line di laman web hhtp://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Sebutharga.

Pembelian  dokumen tawaran secara On-Line dikehendaki melampirkan salinan resit asal bayaran. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap di isi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Bandaraya Shah Alam di Jabatan Kontrak & Ukur Bahan, Tingkat 8 (Lift A), Wisma MBSA  tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI. Dokumen Tender yang diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dilayan.

Kod Bidang MOF
Kod Bidang MOF 020201 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI > MESIN-MESIN PEJABAT DAN AKSESORI
DAN
220201 PERKHIDMATAN > PENYELENGGARAAN/PEMBAIKAN MESIN, PERABOT PEJABAT/ KEDIAMAN > MESIN-MESIN PEJABAT/KEDIAMAN
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
7 Jul 2026 PERUBAHAN KUANTITI PADA SENARAI KUANTITI Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaROZANITA BINTI ABDUL RAZAK
E-melrozanita@mbsa.gov.my
No. Tel0355105133 ext 1297
JabatanJabatan Kontrak dan Ukur Bahan