Laman Utama / Tender

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI MUZIUM/PREMIS PENTADBIRAN PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor ยท TENDER/PADAT/UKP/01/2026
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Tender
Petender Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor
No. Tender TENDER/PADAT/UKP/01/2026
Tarikh Iklan 25 May 2026 - 29 Jun 2026
Tarikh Jual 4 Jun 2026 - 29 Jun 2026
Tarikh Tutup 29 Jun 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, TINGKAT L1,
PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
D/A BANGUNAN MUZIUM SULTAN ALAM SHAH
PERSIARAN BANDARAYA
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh & Masa Taklimat 4 Jun 2026 09:30
Alamat Taklimat AUDITORIUM DAENG CHELAK, TINGKAT L1, D/A BANGUNAN MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PERSIARAN BANDARAYA, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
✓ Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 100.00
Syarat Tender

Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah bidang kod bidang yang berkaitan sahaja, Pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan mempunyai Lesen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah dan berkuatkuasa dibenarkan menyertai tender ini.

Petender yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender pada 04.06.2026(Khamis) di Auditorium Daeng Chelak, Tingkat L1 jam 9.30 pagi. Hanya penama dalam pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan sahaja dibenarkan hadir ke sesi taklimat ini. Wakil Syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat. Kegagalan menghadiri taklimat tender akan menyebabkan petender TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam tender tersebut.

Petender hendaklah menyediakan cop syarikat, salinan Kad Pengenalan Penama, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti kod bidang yang disenaraikan di atas, salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (sekiranya berkaitan) dan Salinan Lesen Kementerian Dalam Negeri (KDN)  yang masih sah tempohnya untuk pengesahan sebelum dibenarkan menghadiri taklimat dan membeli dokumen. Satu (1) set sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan PADAT ini semasa menghadiri taklimat.

Harga Dokumen Tender ialah RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) dan dibeli dengan menggunakan BANK DRAF SAHAJA. Dokumen Tender hanya boleh diperolehi di Bahagian  Khidmat  Pengurusan  Perbadanan Adat Melayu  Dan Warisan Negeri  Selangor Tingkat 1, d/a Bangunan Muzium Sultan Alam, Persiaran  Bandaraya, 40000 Shah Alam (pada waktu pejabat sahaja). Hanya satu (1) dokumen tender dibenarkan untuk seorang pemilik syarikat.

Dokumen atau Borang Tawaran Tender hendaklah dibuat mengikut format borang yang telah ditetapkan dan diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dituliskan nombor tender di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)

D/A BANGUNAN MUZIUM SULTAN ALAM SHAH

PERSIARAN BANDARAYA

40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

 

Pihak PADAT berhak menolak mana-mana dokumen tender yang dikemukakan lewat dari tarikh tutup. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan penghantaran dokumen tender tersebut. .Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan tender ini, sila hubungi Urus Setia Perolehan di talian 03-55190050 untuk penjelasan.

Lawatan Tapak
Bil. Tempat Berkumpul Alamat Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 AUDITORIUM DAENG CHELAK, TINGKAT L1 AUDITORIUM DAENG CHELAK, TINGKAT L1, BANGUNAN MSAS, PERSIARAN BANDARAYA, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM 4 Jun 2026 09:30 Ya
Kod Bidang MOF
Kod Bidang MOF 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN)
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
9 Jun 2026 PEMAKLUMAN KEPADA PETENDER Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
NamaAZURA BINTI BASRI NamaMUHAMAD BIN SIDIK
E-melazura@padat.gov.my E-melmuhamad@padat.gov.my
No. Tel03-55190050/0355197604 No. Tel03-55190050/01120710061
JabatanPERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR(PADAT) JabatanPERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR