| Petender | Majlis Bandaraya Subang Jaya |
|---|---|
| No. Sebut Harga | MBSJ.KUB.400-5/6/726 |
| Tarikh Iklan | 18 May 2026 - 10 Jun 2026 |
| Tarikh Jual | 18 May 2026 - 10 Jun 2026 |
| Tarikh Tutup | 10 Jun 2026 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan, Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya (Sebelum jam 12:00 tengah hari) |
| Kebenaran Khas | Tidak |
| Syarikat Negeri | SELURUH MALAYSIA |
| Harga Dokumen | RM 0.00 |
Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset kenderaan seperti berikut :
Aset kenderaan boleh dilihat pada 18 Mei 2026 hingga 3 Jun 2026 di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) di Bengkel Kejuruteraan MBSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor.
Tawaran sebut harga hendaklah sah bagi tempoh 90 hari. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 28) dan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut:-
Dokumen tawaran sebut harga dengan maklumat yang lengkap termasuk lampiran-lampiran yang berkaitan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap satu kenderaan menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga seperti dinyatakan di iklan tawaran serta di alamatkan kepada :-
JABATAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Aras 3,
Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5,
47610 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Sampul surat dokumen tawaran sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang bertempat di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3, Bangunan Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan.
Tarikh tutup Tawaran Sebut harga adalah pada 3 Jun 2026 jam 12.00 tengahari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
Hanya dokumen tawaran sebut harga yang lengkap dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga sahaja yang akan dipertimbangkan dan sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap penghantaran dokumen tawaran sebut harga yang tidak dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga.
Tawaran sebut harga ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada Syarat Dan Peraturan Sebut Harga Pelupusan Kenderaan MBSJ seperti di Lampiran dan penyebut harga adalah dinasihatkan agar membaca dengan teliti, memahami dan mematuhi semua Syarat Dan Peraturan Sebut Harga seperti yang telah ditetapkan tersebut. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsiran oleh pihak penyebut harga.
SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ
| Tarikh | Tajuk | Tindakan |
|---|---|---|
| 3 Jun 2026 | MAKLUMAN : LANJUTAN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA MBSJ.KUB.400-5/6/726 | Selanjutnya |
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | Ahmad Azri Bin Abdul Hamid |
| E-mel | ahmad.azri@mbsj.gov.my |
| No. Tel | 03-80264382 |
| Jabatan | KONTRAK DAN UKUR BAHAN |