JABATAN KERJA RAYA
DAERAH HULU SELANGOR
NOTIS SEBUT HARGA
NO. SEBUTHARGA: JKR/HS/12/2026 (P)
TAJUK: PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027: PEMBINAAN 4BD TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 2, RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN
- Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam Negeri Selangor, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan dalam Gred G4, Kategori B Pengkhususan B04 dibenarkan menyertai Sebut Harga ini.
- Tarikh Pelawaaan Sebut Harga adalah dari tarikh 11 MEI 2026 HINGGA 24 MEI 2026. Borang Sebut harga boleh didapati dari tarikh 18 MEI 2026 HINGGA 24 MEI 2026 di laman web Tender Selangor https://tender.selangor.my/ dengan tiada bayaran.
- Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
- Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa mengemukakan tawaran. TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga. Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.
- Dokumen Sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar dalam Sampul Surat Bersaiz A4 berlakri dengan mancatatkan TAJUK dan NO. SEBUTHARGA pada SEBELAH ATAS KIRI SAMPUL dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat JKR HULU SELANGOR tidak lewat dari JAM 12.00 TENGAHARI PADA 25 MEI 2026 dan sekiranya berlaku sebarang kelewatan, Sebut Harga tidak akan diterima.