Laman Utama / Sebut Harga

PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 4BD TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN (PAKEJ A)

Jabatan Kerja Raya Petaling ยท JKR/PET/10P/12/2026
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Sebut Harga
Petender Jabatan Kerja Raya Petaling
No. Sebut Harga JKR/PET/10P/12/2026
Tarikh Iklan 6 May 2026 - 17 May 2026
Tarikh Jual 11 May 2026 - 20 May 2026
Tarikh Tutup 20 May 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,
Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling
Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,
No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tarikh & Masa Taklimat 7 May 2026 15:00
Alamat Taklimat STADIUM JKR SHAH ALAM, SEKSYEN 17
✓ Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 0.00
Syarat Sebut Harga

Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor di seluruh Negeri Selangor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai perakuan dan sijil-sijil yang masih sah seperti berikut:

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB Gred G3, Kategori B, Pengkhususan B04;
  2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari CIDB Gred G3, Kategori B;
  3. Sijil Taraf Bumiputera (STB) Gred G3 dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK);
  4. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah;

untuk menyertai sebut harga di bawah:

NO. SEBUT HARGA: JKR/PET/10P/12/2026

Tajuk Projek: PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027 : PEMBINAAN 4BD TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN (PAKEJ A)

Taraf / Jenis Syarikat: BUMIPUTERA

Tempat & Tarikh Dokumen: Sebut harga akan mula dijual SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/.

Mula Dijual: Bermula dari 11.05.2026 (ISNIN) hingga 20.05.2026 (RABU)

Harga Dokumen: PERCUMA

  1. Naskah Dokumen Meja Sebut Harga akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran. Setiap permohonan dokumen tawaran boleh diperolehi SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/ dan dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada kontraktor yang sah dan layak sahaja.
  2. Penyebut harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) - rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
  3. Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berstatus 'Patuh' bersama-sama Dokumen Sebut harga semasa mengemukakan tawaran. TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga. Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.
  4. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN seperti ketetapan berikut:

Tarikh                          : 07 Mei 2026 (KHAMIS)

Masa Pendaftaran        : 2.00 petang – 3.00 petang

Masa Taklimat              : 3.00 petang 

Tempat Taklimat          : STADIUM JKR SHAH ALAM, SEKSYEN 17

  1. Bagi sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama di dalam sijil PPK, SPKK, STB dan SSM yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil-sijil berkenaan.  Kebenaran Khas daripada CIDB untuk Pengkhususan Bidang Kerja yang ditetapkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  2. Dokumen Sebut Harga hendaklah dicetak, diisi dengan lengkap dan dibukukan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di bahagian atas kiri sampul tersebut; NO. SEBUT HARGA : JKR/PET/10P/12/2026 berserta TAJUK SEBUT HARGA dan hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 12.00 TENGAH HARI, 20.05.2026 (RABU) ke alamat seperti berikut:

Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan (BKUB),

Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling

Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,

No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,

40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

No Telefon BKUB JKR Petaling: 03-7839 2422

  1. Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan dan Pejabat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
  2. Kerajaan adalah tidak terikat menerima Sebut Harga terendah atau mana-mana Sebut Harga.
Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
18 May 2026 ADDENDUM NO. 1 DAN ADDENDUM NO. 2 Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaHANA NASHWA BINTI MOHAMMED YAZIZ
E-melhana.nashwa@jkr.gov.my
No. Tel03-78392422
JabatanJKR PETALING