1. Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputera Daerah Sepang yang berdaftar dengan: a. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan - SPKK DAN Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia - CIDB, G1 (CE14 - Landskap) DAN b. Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan - BPKU ATAU c. Pusat Khidmat Kontraktor - PKK DAN d. Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor - UPEN DAN e. Sijil Arborist - SA DAN f. Sijil Pematuhan Cukai [TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC)] 2. Dokumen sebut harga boleh dibeli secara dalam talian (online) melalui laman web https://ipms.mpsepang.gov.my/dashboard dengan harga RM 100.00.Tempoh sah sebut harga yang dihantar kemudian daripada ini adalah sah selama 90 hari daripada tarikh iklan sebut harga ini. Segala pertanyaan dan kemusykilan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Landskap (03- 83190200), Majlis Perbandaran Sepang, Persiaran Semarak Api, 63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. 3. Kontraktor-kontraktor yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3 bulan) dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap tawaran tidak berjaya. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau sebarang sebut harga atau memberi apa-apa sebab sebut harga itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan sebut harga ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.