Laman Utama / Sebut Harga

PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM DAN BAJU KORPORAT UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KERJA RAYA DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN

Jabatan Kerja Raya Petaling ยท JKR/PET/1N/12/2026
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Sebut Harga
Petender Jabatan Kerja Raya Petaling
No. Sebut Harga JKR/PET/1N/12/2026
Tarikh Iklan 14 Apr 2026 - 20 Apr 2026
Tarikh Jual 14 Apr 2026 - 20 Apr 2026
Tarikh Tutup 21 Apr 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,
Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling
Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,
No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 10.00
Syarat Sebut Harga

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai alamat berdaftar di Negeri Selangor dan mempunyai perakuan dan sijil-sijil yang masih lagi sah, seperti berikut:

  1. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Kod Bidang: 222401;
  2. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF);
  3. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Perolehan Perkhidmatan;
  4. Salinan Pengesahan Pendaftaran Syarikat Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor Perkhidmatan.

untuk menyertai sebut harga di bawah:

NO. SEBUT HARGA: JKR/PET/1N/12/2026

Tajuk Projek: PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM DAN BAJU KORPORAT UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KERJA RAYA DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN

Taraf / Jenis Syarikat: BUMIPUTERA

Tempat & Tarikh Dokumen: Sebut harga akan mula dijual SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/.

Mula Dijual: Bermula dari 14.04.2026 (SELASA) hingga 20.04.2026 (ISNIN)

Harga Dokumen: RM10.00

  1. Naskah Dokumen Meja Sebut Harga akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran. Setiap permohonan dokumen tawaran boleh diperolehi SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my/ dan dokumen Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada kontraktor yang sah dan layak sahaja.
  2. Penyebut harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) - rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
  3. Dokumen Sebut Harga hendaklah dicetak, diisi dengan lengkap dan dibukukan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di bahagian atas kiri sampul tersebut; NO. SEBUT HARGA : JKR/PET/1N/12/2026 berserta TAJUK SEBUT HARGA dan hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 12.00 TENGAH HARI, 21.04.2026 (SELASA) ke alamat seperti berikut:

Peti Tawaran di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan (BKUB),

Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling

Tingkat 3, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling,

No. 1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,

40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

No Telefon BKUB JKR Petaling: 03-7839 2422

  1. Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan dan Pejabat ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
  2. Kerajaan adalah tidak terikat menerima Sebut Harga terendah atau mana-mana Sebut Harga.
Kod Bidang MOF
Kod Bidang MOF 222401 PERKHIDMATAN > PERKHIDMATAN MENJAHIT DAN MEMBAIKPULIH > MENJAHIT PAKAIAN DAN KELENGKAPAN
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
17 Apr 2026 PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM DAN BAJU KORPORAT UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KERJA RAYA Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaHANA NASHWA BINTI MOHAMMED YAZIZ
E-melhana.nashwa@jkr.gov.my
No. Tel03-78392422
JabatanJKR PETALING