Laman Utama / Tender

MENAIKTARAF BANGUNAN KULLIYYAH EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN DI KAMPUS GOMBAK, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM), SELANGOR DARUL EHSAN.

Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor ยท JKR/SEL/(P)/004(T)/2026
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Tender
Petender Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
No. Tender JKR/SEL/(P)/004(T)/2026
Tarikh Iklan 1 Apr 2026 - 5 May 2026
Tarikh Jual 14 Apr 2026 - 28 Apr 2026
Tarikh Tutup 5 May 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Penghantaran dokumen adalah melalui atas talian di Sistem JKR E-Tender (JET). Sila layari https://tender.jkr.gov.my untuk maklumat lanjut.
Tarikh & Masa Taklimat 14 Apr 2026 10:00
Alamat Taklimat BILIK MESYUARAT IBN TAYMIYYAH, TINGKAT 3, BANGUNAN KULLIYYAH EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN (KENMS), KAMPUS GOMBAK, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM), JALAN GOMBAK, 53100, GOMBAK, SELANGOR. Sebarang pertanyaan sila hubungi PN. ROZI BINTI DESA 035545 9800 (1244) atau rozi.desa@jkr.gov.my
✓ Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Negeri SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 500.00
Syarat Tender

 

1. Lawatan tapak dan sesi taklimat tender adalah DIWAJIBKAN. Sila mohon untuk hadir ke taklimat tapak di dalam sistem JET sebelum hadir ke taklimat.

2. Sila bawa bersama sijil-sijil CIDB (PPK / SPKK dan STB), kad pengenalan PENAMA dan cop alamat syarikat semasa lawatan tapak.

3. Hanya PENAMA yang tercatat di dalam sijil PPK / SPKK yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK / SPKK.

4. Kebenaran Khas daripada CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi :

PN. ROZI BINTI DESA 035545 9800 (1244) atau rozi.desa@jkr.gov.my

SISTEM JKR E-TENDER (JET):

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:

a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

 

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke lawatan tapak dan taklimat tender melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh lawatan tapak yang ditetapkan.

b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.

c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.

e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.

f) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.

 

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):

i. Bukti pembayaran / resit bayaran ;dan

ii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan

iii. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor (sekiranya berkaitan);dan

iv. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syaratyang telah ditetapkan.

 

PERINGATAN

Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.

Lawatan Tapak
Bil. Tempat Berkumpul Alamat Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 BILIK MESYUARAT IBN TAYMIYYAH, TINGKAT 3, BANGUNAN KULLIYYAH EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN (KENMS), KAMPUS GOMBAK, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM), JALAN GOMBAK, 53100, GOMBAK, SELANGOR. Sebarang pertanyaan sila hubungi PN. ROZI BINTI DESA 035545 9800 (1244) atau rozi.desa@jkr.gov.my BILIK MESYUARAT IBN TAYMIYYAH, TINGKAT 3, BANGUNAN KULLIYYAH EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN (KENMS), KAMPUS GOMBAK, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM), JALAN GOMBAK, 53100, GOMBAK, SELANGOR. Sebarang pertanyaan sila hubungi PN. ROZI BINTI DESA 035545 9800 (1244) atau rozi.desa@jkr.gov.my 14 Apr 2026 10:00 Ya
Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G7) TIADA HAD
Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN
DAN
B28 KERJA UBAHSUAI
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
17 Apr 2026 (RALAT BERKENAAN HARGA DOKUMEN TENDER) MENAIKTARAF BANGUNAN KULLIYYAH EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN DI KAMPUS GOMBAK, UNIVERSITI Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaNor Sazatul Husna Binti Mohamad Nor Kosim
E-melnorsazatul@jkr.gov.my
No. Tel0355459800 ext 1240
JabatanUnit Tender, JKR Negeri Selangor