Laman Utama / Sebut Harga

Cadangan Kerja Menaiktaraf Infrastruktur Di Persimpangan Jalan Matang Pagar Dan Jalan Impian, Sungai Buloh Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan (Tawaran Semula)

Majlis Perbandaran Selayang ยท MPS/SH/06/26
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Sebut Harga
Petender Majlis Perbandaran Selayang
No. Sebut Harga MPS/SH/06/26
Tarikh Iklan 20 Feb 2026 - 2 Mar 2026
Tarikh Jual 24 Feb 2026 - 2 Mar 2026
Tarikh Tutup 2 Mar 2026
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
Tarikh & Masa Taklimat 24 Feb 2026 10:00
Alamat Taklimat 1, Jalan Akasia, Saujana Akasia, Sungai Buloh (Bersebelahan Pintu Masuk Saujana Akasia Country & Resort Homes) (Koordinat Lokasi : 3.246188,101.560285)
✓ Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas Ya
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 80.00
Syarat Sebut Harga

a)    Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang beralamat di dalam Negeri Selangor yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan dan Sijil Pematuhan [Cukai Tax Compliance Certificate (TCC)] serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut :- 

b)    Dokumen sebutharga boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://tender.selangor.my dan hendaklah dibukukan/dokumentasikan. (Penyebutharga PERLU sertakan resit pembelian di muka hadapan Dokumen Sebutharga).

c)    Taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada 24/02/2026 (Selasa), bertempat di 1, Jalan Akasia, Saujana Akasia,Sungai Buloh (Bersebelahan Pintu Masuk Saujana Akasia Country & Resort Homes)  (Koordinat Lokasi : 3.246188,101.560285) pada jam 10.00 Pagi. Hanya penama syarikat yang dinamakan dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja dibenarkan hadir taklimat dan lawatan tapak. Sijil Asal Perakuan Pendaftaran CIDB dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan DIWAJIBKAN dibawa bersama semasa taklimat dan lawatan tapak.

d)    Petender WAJIB mengemukakan atau memuat naik TCC bersama-sama Dokumen Sebutharga semasa mengemukakan tawaran Sebutharga yang ditetapkan. Petender boleh membuat semakan dan cetakan kendiri melalui menu Status MyTax di Portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-Filing. TCC dikemukakan hendaklah berstatus “PATUH” dan sah dalam tempoh semasa perolehan.

e)    Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga.

f)    Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan di talian 03-6126 5838/5841.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG  

Lawatan Tapak
Bil. Tempat Berkumpul Alamat Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 1, Jalan Akasia, Saujana Akasia, Sungai Buloh (Bersebelahan Pintu Masuk Saujana Akasia Country & Resort Homes) (Koordinat Lokasi : 3.246188,101.560285) 1, Jalan Akasia, Saujana Akasia, Sungai Buloh (Bersebelahan Pintu Masuk Saujana Akasia Country & Resort Homes) (Koordinat Lokasi : 3.246188,101.560285) 24 Feb 2026 10:00 Ya
Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Pengkhususan CIDB CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN

DAN

CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

DAN

E04 PEMASANGAN VOLTAN RENDAH

DAN

E16 PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN LAMPU JALAN DAN LAMPU ISYARAT
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
26 Feb 2026 PERUBAHAN MAKLUMAT - MPS.SH.06.26 Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaNUR SYAHIRAH BINTI MUSTAFA
E-melsyahirah.mustafa@mps.gov.my
No. Tel03-61265838
JabatanKontrak Dan Ukur Bahan