SYARAT-SYARAT :- 1. Setiap dokumen Tender dijual dengan harga RM 250.00 secara online. Pembayaran boleh dibuat secara FPX, kredit kad dan debit kad. 2. Dokumen meja tawaran dipamerkan mulai 10 Disember 2025 di laman web http://tender.selangor.my di setiap bahagian iklan yang dipamerkan. 3. Petender perlu terlebih dahulu mendaftar secara on-line di laman sesawang http://tender.selangor.my sebelum pembelian Dokumen Tender dan mengemaskini maklumat pendaftaran UPEN dan CIDB. Sekiranya gagal berbuat demikian petender adalah tidak layak untuk membeli dokumen Tender tersebut. 4. Syarikat wajib mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai Berstatus "PATUH" di dalam dokumen tawaran. 5. Dokumen Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti tertera di maklumat Tender. . 6. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 7. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan Tender. Jika dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, Dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya. 8. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak dipertimbangkan. 9. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada 30 Disember 2025. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari waktu tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-3375 8014. 10. Sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi kerja dan lokasi tapak boleh menghubungi Pn. Siti Rohani binti Maseran ditalian 03-3375 5555 (Jabatan Kejuruteraan). Disediakan oleh : BAHAGIAN UKUR BAHAN MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG