Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan(CIDB), Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU/PKK) dalam Gred G2 DALAM NEGERI SELANGOR SAHAJA,Kategori CE , Pengkhususan CE01 Bertaraf Bumiputra dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang dibenarkan untuk membeli dokumen sebutharga.
Naskah meja tawaran akan dipamerkan di Pejabat ini sehingga tarikh dan waktu tutup tawaran. Setiap permohonan dokumen tawaran boleh diperolehi SECARA ONLINE SAHAJA di laman sesawang https://tender.selangor.my mulai 18 OGOS 2025 sehingga 24 OGOS 2025. Bayaran sebanyak RM 10.00 yang perlu dibuat untuk membeli dokumen. Dokumen yang telah dimuat turun hendaklah dibukukan dan senarai lampiran perlu disertakan dan mematuhi sepertimana yang terdapat dalam senarai semakan.
Dokumen tawaran yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertulis nombor rujukan sebutharga di sebelah penjuru kiri sampul tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Pejabat JKR Daerah Kuala Selangor, Jalan Kemajuan, 45000 Kuala Selangor pada 25 OGOS 2025 (ISNIN) sebelum jam 12.00 tengahari dan sekiranya berlaku sebarang kelewatan, sebutharga tidak akan diterima.