Laman Utama / Sebut Harga

SEKOLAH BERKEPADATAN TINGGI - PEMBINAAN DUA (2) BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA), DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANANG, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

Jabatan Kerja Raya Kuala Langat ยท JKR.KLGT. B(P)/25/001
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Sebut Harga
Petender Jabatan Kerja Raya Kuala Langat
No. Sebut Harga JKR.KLGT. B(P)/25/001
Tarikh Iklan 24 Apr 2025 - 8 May 2025
Tarikh Jual 2 May 2025 - 8 May 2025
Tarikh Tutup 9 May 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar UNIT UKUR BAHAN, JKR KUALA LANGAT, TELOK DATOK, 42700 BANTING, SELANGOR.
Tarikh & Masa Taklimat 29 Apr 2025 10:30
Alamat Taklimat DEWAN SERBAGUNA, JKR KUALA LANGAT, TELOK DATOK, 42700 BANTING, SELANGOR.
PENDAFTARAN BERMULA PADA 10.00 PAGI - 10.30 PAGI
TAKLIMAT PADA 10.30 PAGI
✓ Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 10.00
Syarat Sebut Harga

1) Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred: G2, Kategori: B, Pengkhususan: B04 dibenarkan menyertai Sebutharga ini.

2) Borang Sebutharga boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang https://tender.selangor.my mulai 2 MEI 2025 hingga 8 Mei 2025.

3) Dokumen Sebutharga hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang telah berdaftar dengan SISTEM TENDER ONLINE SELANGOR dan menghadiri taklimat sebutharga. Bayaran borang Sebutharga berjumlah RM 10.00 senaskah secara atas talian.

4) Dokumen yang telah dimuat turun hendaklah dibukukan dan senarai lampiran perlu disertakan dan mematuhi sepertimana yang terdapat dalam senarai semakan.

5) Penyebut harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.

6) Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bersama-sama Dokumen Sebutharga semasa mengemukakan tawaran.  TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebutharga.  Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.

7) Sesi Taklimat Sebutharga adalah DIWAJIBKAN seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 29 APRIL 2025 (SELASA)
  • Masa Pendaftaran : 10.00 PAGI - 10.30 PAGI
  • Masa Taklimat : 10.30 PAGI
  • Lokasi Taklimat : DEWAN SERBAGUNA, JKR KUALA LANGAT

8) Dokumen Sebutharga dalam bentuk salinan cetak (hard copy) yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukan kedalam Peti Sebutharga di PEJABAT JURUTERA DAERAH , JABATAN KERJA RAYA KUALA LANGAT, TELOK DATOK, 42700 BANTING, SELANGOR tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 9 MEI 2025 (JUMAAT).

9) Kerajaan tidak semestinya menerima Sebutharga yang paling rendah ataupun terikat kepada sebarang Sebutharga.

Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
5 May 2025 ARAHAN TAMBAHAN KEPADA PEYEBUTHARGA Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
NamaAbdul Latif bin Taher NamaMUHAMMAD FADZLI BIN ABU KHANIFAH
E-melabdullatif@jkr.gov.my E-melmfadzliak@jkr.gov.my
No. Tel03-3187 1040 No. Tel03-3187 1040
JabatanJKR KUALA LANGAT JabatanJKR KUALA LANGAT