Laman Utama / Sebut Harga

SEKOLAH BERKEPADATAN TINGGI - PPEMBINAAN DUA (2) BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LONG, HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

Jabatan Kerja Raya Hulu Langat ยท JKR/DHL/P009/2025
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Sebut Harga
Petender Jabatan Kerja Raya Hulu Langat
No. Sebut Harga JKR/DHL/P009/2025
Tarikh Iklan 24 Apr 2025 - 8 May 2025
Tarikh Jual 2 May 2025 - 8 May 2025
Tarikh Tutup 8 May 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN JKR DAERAH HULU LANGAT
Tarikh & Masa Taklimat 29 Apr 2025 08:30
Alamat Taklimat DEWAN UTAMA JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 8.30pagi - 9.30 pagi)
✓ Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 10.00
Syarat Sebut Harga

1) Sebut harga adalah dipelawa daripada Kontraktor Bumiputera Tempatan yang beralamat Di Dalam Negeri  SELANGORSahaja,  berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G2, Kategori B, Pengkhususan  B04 serta  berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

2) Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.mydan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Naskah Borang Sebutharga.

3) Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

4) Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

6) Borang Sebut Harga boleh didapati mulai tarikh 2 Mei 2025 hingga 8 Mei 2025 secara ONLINE SAHAJA.

7)  Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.

8) Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa mengemukakan tawaran.  TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga.  Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya.

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan

Kontraktor tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK & STB. Hanya seorang penama yang tercatat di dalam sijil sahaja dibenarkan menghadiri taklimat tapak. Maklumat tarikh dan masa bagi taklimat tapak adalah seperti berikut:-

TARIKH : 29 April 2025

WAKTU PENDAFTARAN : 8.30 pagi - 9.30 pagi

TAKLIMAT : 9.30 pagi

TEMPAT : DEWAN UTAMA JKR DAERAH HULU LANGAT

PENYERAHAN

1) Dokumen sebutharga hendaklah DIBUKUKAN (stapler/binding/jilid) bersama-sama dengan dokumen WAJIB (Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran (PKK), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan salinan resit pembelian online). Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.

2) Penyerahan dokumen sebutharga boleh dilakukan secara:-

Memasukkan kedalam Peti Sebutharga di Bahagian Ukur Bahan, Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Langat tidak lewat dari pukul 12.00 tengahari, pada 8 Mei 2025.

Lawatan Tapak
Bil. Tempat Berkumpul Alamat Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 DEWAN UTAMA JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 8.30 - 9.30 pagi) DEWAN UTAMA JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 8.30 - 9.30 pagi) 29 Apr 2025 08:30 Ya
Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
5 May 2025 ADDENDUM - TAMBAHAN MUKA SURAT MAKLUMAT AM KONTRAKTOR Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
NamaNurmahfuzah Bt Mohd Jamil NamaAsmirana Binti Maspade
E-melnurmahfuzah@jkr.gov.my E-melasmirana@jkr.gov.my
No. Tel0389114163 No. Tel0389114163
JabatanJKR DAERAH HULU LANGAT JabatanJKR DAERAH HULU LANGAT