Laman Utama / Sebut Harga

Kerja Membaikpulih Longkang Rosak Serta Lain - Lain Kerja Berkaitan Di KM1.20 - KM2.00 Jalan Persiaran Bangi, Mukim Bandar Baru Bangi, Daerah Hulu Langat, Selangor

Jabatan Kerja Raya Hulu Langat ยท JKR/DHL/N009/2025
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Sebut Harga
Petender Jabatan Kerja Raya Hulu Langat
No. Sebut Harga JKR/DHL/N009/2025
Tarikh Iklan 17 Feb 2025 - 25 Feb 2025
Tarikh Jual 20 Feb 2025 - 25 Feb 2025
Tarikh Tutup 25 Feb 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN JKR DAERAH HULU LANGAT
Tarikh & Masa Taklimat 19 Feb 2025 09:00
Alamat Taklimat DEWAN UTAMA JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 9.00 - 10.00 pagi)
✓ Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 10.00
Syarat Sebut Harga

1) Sebut harga adalah dipelawa daripada Kontraktor Bumiputera Tempatan yang beralamat Di Negeri Selangor  Sahaja,  berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred G2, Kategori CE, Pengkhususan  CE21 serta berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

2) Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.mydan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Naskah Borang Sebutharga.

3) Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

4) Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

6) Borang Sebut Harga boleh didapati mulai tarikh 20 FEBRUARI 2025 hingga 25 FEBRUARI 2025 secara ONLINE SAHAJA.

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

Hanya seorang penama yang tercatat di dalam sijil sahaja dibenarkan menghadiri lawatan tapak. Maklumat tarikh dan masa  adalah seperti berikut:-

TARIKH : 19 FEBRUARI 2025

WAKTU PENDAFTARAN : 9.00 pagi - 10.00 pagi

TAKLIMAT : 10.00 pagi

TEMPAT : DEWAN UTAMA JKR DAERAH HULU LANGAT

PENYERAHAN

1) Dokumen yang telah dimuat turun, hendaklah DIBUKUKAN bersama dokumen-dokumen yang disertakan. Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.

Penyerahan dokumen sebutharga boleh dilakukan secara:-

Memasukkan kedalam Peti Sebutharga di Bahagian Ukur Bahan, Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Langat tidak lewat dari pukul 12.00 tengahari, pada 25 FEBRUARI 2025.

Lawatan Tapak
Bil. Tempat Berkumpul Alamat Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 DEWAN UTAMA JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 9.00 - 10.00 pagi) DEWAN UTAMA JKR DAERAH HULU LANGAT (Pendaftaran: 9.00 - 10.00 pagi) 19 Feb 2025 09:00 Ya
Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
21 Feb 2025 ADDENDA NASKAH BORANG SEBUTHARGA Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
NamaNurmahfuzah Bt Mohd Jamil NamaAsmirana Binti Maspade
E-melnurmahfuzah@jkr.gov.my E-melasmirana@jkr.gov.my
No. Tel0389114163 No. Tel0389114163
JabatanJKR DAERAH HULU LANGAT JabatanJKR DAERAH HULU LANGAT