SYARAT-SYARAT :- 1. Setiap dokumen Sebutharga dijual dengan harga RM 150.00 secara online. Pembayaran boleh dibuat secara FPX, kredit kad dan debit kad. 2. Dokumen meja tawaran dipamerkan mulai 31 Januari 2025 di laman web https://tender.selangor.my di setiap bahagian iklan yang dipamerkan. 3. Penyebutharga perlu terlebih dahulu mendaftar secara on-line di laman sesawang https://tender.selangor.my sebelum pembelian Dokumen Sebutharga dan mengemaskini maklumat pendaftaran UPEN dan CIDB. Sekiranya gagal berbuat demikian penyebutharga adalah tidak layak untuk membeli dokumen sebutharga tersebut. 4. Dokumen Sebutharga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga seperti tertera di maklumat sebutharga. 5. Penyebutharga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 6. Penyebutharga perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Penyebutharga dan Syarat-syarat Membuat Sebutharga di dalam Dokumen Sebutharga sebelum mengemukakan Sebutharga. Jika dokumen Sebutharga yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, Dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya. 7. Dokumen Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak dipertimbangkan. 8. Tarikh akhir penjualan Dokumen Sebutharga adalah pada 6 Februari 2025. Dokumen Sebutharga tidak akan dikeluarkan selepas dari waktu tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-3375 8014. 9. Sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi kerja dan lokasi tapak boleh menghubungi En. Mohd Hazim bin Mohamad ditalian 03-3375 7871 (Jabatan Landskap & Rekreasi). Disediakan oleh : BAHAGIAN UKUR BAHAN MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG