Laman Utama / Tender

PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN 6 BILIK DARJAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DI SK DESA PINGGIRAN PUTRA, SEPANG, SELANGOR (BBA9229)

Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor ยท JKR/SEL/(P)/026(T)/2024
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Tender
Petender Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
No. Tender JKR/SEL/(P)/026(T)/2024
Tarikh Iklan 28 Nov 2024 - 16 Jan 2025
Tarikh Jual 12 Dec 2024 - 26 Dec 2024
Tarikh Tutup 16 Jan 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Penghantaran dokumen adalah melalui atas talian di Sistem JKR E-Tender (JET). Sila layari https://tender.jkr.gov.my untuk maklumat lanjut.
Tarikh & Masa Taklimat 12 Dec 2024 10:00
Alamat Taklimat BILIK MESYUARAT GOLD COAST, TINGKAT BAWAH, JABATAN KERJA RAYA DAERAH SEPANG, BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR. Sebarang pertanyaan sila hubungi EN. MUHAMMAD IHSAN BIN SAHROM (BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN) NO.TEL: 03-55459800 SAMB (1242) atau IHSANSAHROM@JKR.GOV.MY
✓ Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas Tidak
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Syarikat Negeri SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 300.00
Syarat Tender

1. Lawatan tapak dan sesi taklimat tender adalah DIWAJIBKAN. Sila mohon untuk hadir ke taklimat tapak di dalam sistem JET sebelum hadir ke taklimat.

2. Sila bawa bersama sijil-sijil CIDB (PPK / SPKK dan STB), kad pengenalan PENAMA dan cop alamat syarikat semasa lawatan tapak.

3. Hanya PENAMA yang tercatat di dalam sijil PPK / SPKK yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK / SPKK.

4. Kebenaran Khas daripada CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi :

EN. MUHAMMAD IHSAN BIN SAHROM (BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN)

NO.TEL: 03-55459800 SAMB (1242) atau IHSANSAHROM@JKR.GOV.MY

 

SISTEM JKR E-TENDER (JET):

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:

a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

 

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke lawatan tapak dan taklimat tender melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh lawatan tapak yang ditetapkan.

b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.

c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.

e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.

f) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.

 

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):

i. Bukti pembayaran / resit bayaran ;dan

ii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan

iii. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor (sekiranya berkaitan);dan

iv. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ

v. Sijil Pelaksanaan Cukai (TCC) berstatus PATUH

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syaratyang telah ditetapkan.

 

PERINGATAN

Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.

Lawatan Tapak
Bil. Tempat Berkumpul Alamat Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 BILIK MESYUARAT GOLD COAST, TINGKAT BAWAH, JABATAN KERJA RAYA DAERAH SEPANG, BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR SK DESA PINGGIRAN PUTRA, PERSIARAN DESA PINGIRAN 4A, 43000 KAJANG, SELANGOR 12 Dec 2024 14:00 Tidak
Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G6) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM 10,000,000.00
Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
3 Dec 2024 [RALAT-PINDAAN TARIKH] PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN 6 BILIK DARJAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DI SK DESA PINGGIRAN Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaFauziah Binti Mohamad Yusof
E-melfauziahmy@jkr.gov.my
No. Tel0355459800 ext 1240
JabatanUnit Tender, JKR Negeri Selangor