Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang mempunyai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Perakuan Pendaftaran Kontraktor oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Sijil Taraf Bumiputera dan Sijil Suruhanjaya Tenaga di dalam bidang kerja berkenaan dan pendaftarannya masih berkuatkuasa untuk mengambil bahagian dan menjalankan kerja-kerja berikut:-
SPKK
Gred : G1/G2/G3
Kategori
: ME
Pengkhususan
: E11
Kerja Am Elektrik
DAN
UPEN
Unit
Perancang Ekonomi Negeri
i) Setiap dokumen sebut harga dijual dengan harga RM 150.00 secara ONLINE. Pembayaran boleh dibuat
secara kad kredit atau debit kad dan wang bayaran tidak akan dikembalikan.
ii) Dokumen meja tawaran dipamerkan mulai 06 APRIL 2023 (KHAMIS) di Unit
Perolehan dan Ukur Bahan , Majlis Perbandaran Kuala Langat, Tingkat 1,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor.
iii) Penyebutharga perlu terlebih dahulu mendaftar secara
ONLINE di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my sebelum pembelian
Dokumen Sebut harga dan mengemaskini maklumat pendaftaran SPKK, CIDB dan
UPEN. Sekiranya gagal berbuat demikian adalah tidak layak untuk membeli
Dokumen Sebut Harga tersebut.
iv)
Dokumen Sebut harga boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan WAJIB
dibukukan / didokumentasikan.
v)
Dokumen Sebut harga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan
dimasukkan ke dalam PETI TENDER seperti tertera di atas.
vi) Penghantaran
Dokumen Sebut harga perlu disertakan bersama RESIT
PEMBAYARAN sebagai bukti pembelian.
vii)
Penyebutharga yang tidak mendapat
apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap
tidak berjaya.
viii) Penyebutharga perlu mematuhi syarat-syarat yang
terkandung di dalam Arahan Kepada Penyebutharga dan Syarat-syarat Sebut harga
di dalam Dokumen Sebut harga sebelum mengemukakan Dokumen Sebut harga. Jika
Dokumen Sebut harga yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat
tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya.
ix)
Dokumen Sebut harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa berbangkit
dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak
dipertimbangkan.
x) Tarikh tutup penjualan Dokumen sebut harga adalah pada 13 APRIL 2023 (KHAMIS). Dokumen Sebut harga tidak akan dikeluarkan selepas dari waktu
tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi UNIT
PEROLEHAN & UKUR BAHAN di Talian 03-38530303 sambungan 2503.