SYARAT-SYARAT :-
1.
Setiap dokumen Tender
dijual dengan harga RM 700.00
di kaunter Bahagian Ukur Bahan. Pembayaran dibuat secara tunai dan dokumen
tender akan dikeluarkan kepada Syarikat yang sah sahaja. Untuk maksud ini,
Pihak Syarikat dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Sijil Kontraktor Penyiap oleh Kementerian Kerja Raya (KKR), Sijil Perolehan
Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB), Perakuan Pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri
Selangor (UPEN) dan Sijil Taraf
Bumiputra (STB) (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut.
2.
Dokumen meja tawaran
dipamerkan mulai 24 MAC 2023
di Bahagian Ukur Bahan.
3.
Hanya Penama di dalam
Sijil Perolehan Kerja
Kerajaan (SPKK - CIDB) yang boleh menghadiri
taklimat / lawatan tapak.
4.
Petender dikehendaki
membawa Sijil Pendaftaran ASAL - Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK -
CIDB), kad pengenalan dan Cop Syarikat semasa hari taklimat / lawatan tapak
5.
Dokumen Tender yang
telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan
dimasukkan ke dalam Peti tender seperti tertera di maklumat Tender.
6.
Tender ini diberi
keutamaan kepada syarikat yang memiliki Sijil Keputusan Pemarkahan Qlassic
oleh CIDB (markah 70 minimum) dan mempunyai pengalaman membina bangunan hijau
(Green Building) yang diiktiraf oleh badan yang berkaitan.
7.
Petender yang tidak
mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah
dianggap tidak berjaya.
8.
Petender perlu
mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan
Syarat-syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan
Tender. Jika dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi
syarat-syarat tersebut, Dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan
seterusnya.
9.
Dokumen Tender yang
lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa
jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak
dipertimbangkan.
10.
Tarikh akhir
penjualan Dokumen Tender adalah pada 13 APRIL 2023. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari waktu
tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN
UKUR BAHAN di talian 03-3375 8012.
11.
Sebarang pertanyaan
berkaitan spesifikasi kerja dan lokasi tapak boleh menghubungi Puan Nurdina
Bt Shamsuri ditalian 03-3375 7819.
Disediakan
oleh :
BAHAGIAN
UKUR BAHAN
MAJLIS
PERBANDARAN KLANG