Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi menjalankan perkhidmatan sepertimana dinyatakan.
Dokumen Meja Tawaran boleh dirujuk di
Kaunter Informasi, Aras 1, MBSJ, Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang
Jaya, Selangor Darul Ehsan. Dokumen tender/sebut harga hanya boleh
diperolehi secara dalam talian melalui laman sesawang di
http://tender.selangor.my. Petender juga adalah diminta untuk
mengemaskini maklumat-maklumat syarikat di dalam laman sesawang
tersebut. Memandangkan situasi sekarang yang masih berada dalam Pelan
Pemulihan Negara (PPN) susulan penularan wabak Covid-19, adalah
dimaklumkan juga bahawa semua penyerahan dokumen tender/ sebut harga
hendaklah diserahkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh MBSJ
berdasarkan arahan dari masa ke semasa.
Petender
hendaklah sentiasa menyemak di sistem e-tender Selangor ini dan email
yang telah didaftarkan berkenaan makluman serahan dokumen tawaran.
Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Ini adalah bagi tujuan pematuhan MBSJ kepada Garis Panduan Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.