Tawaran adalah dipelawa daripada
kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran (SPP)
dan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan
serta berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) dan masih
dibenarkan membuat tawaran bagi perkara berikut :
Dokumen
MejaTawaran boleh dirujuk di Kaunter Informasi, Aras 1, MBSJ, Persiaran
Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Dokumen tender/sebut
hargahanya boleh diperolehi secara dalam talian melalui laman sesawang di http://tender.selangor.my.
Petender juga adalah diminta untuk mengemaskini maklumat-maklumat syarikat di
dalam laman sesawang tersebut.
Memandangkan situasi sekarang yang masih berada dalam Pelan Pemulihan Negara
(PPN) susulan penularan wabak Covid-19, adalah dimaklumkan juga bahawa semua
penyerahan dokumen tender/sebut harga hendaklah diserahkan mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh MBSJ berdasarkan arahan dari masa ke semasa. Petender
hendaklah sentiasa menyemak di sistem e-tender Selangor ini dan email yang
telah didaftarkan berkenaan makluman serahan dokumen tawaran. Sebarang
kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan. Ini adalah bagi
tujuan pematuhan MBSJ kepada Garis Panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Kerajaan.