Laman Utama / Tender

KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM TERUSAN SEKUNDER DI TAMAN SEKINCHAN 2, DI KAWASAN SEKINCHAN, DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor ยท JPS/N/SEL/P/02/2021 (CP)
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Tender
Petender Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
No. Tender JPS/N/SEL/P/02/2021 (CP)
Tarikh Iklan 24 Jun 2021 - 30 Aug 2021
Tarikh Jual 5 Aug 2021 - 3 Sep 2021
Tarikh Tutup 6 Sep 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender.
Bhg. Ukur Bahan & Kontrak
JPS Selangor,
Tkt. 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam, Selangor
Kebenaran Khas Ya
Harga Dokumen RM 200.00
Syarat Tender

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunaan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)(CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini.

Gred: G5

Kategori : CE

pengkhususan : CE21 dan CE36

Kontraktor hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS)

 

Sebagai usaha membendung dan mencegah wabak COVID-19, taklimat dan lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN untuk pembelian tender. Walau bagaimanapun pihak kontraktor yang berminat boleh melawat sendiri ke tapak dengan koordinat seperti di bawah bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan mengetahui keadaan/maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran tender. Sekiranya kontraktor mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah amat ditekankan.

 

Tempat Berkumpul dan Taklimat :  TIADA

Koordinat Lokasi Tapak : 3.510449, 101.099087

 

Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa :

a) SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN CIDB - ASAL

b) SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN CIDB - ASAL

c) SIJIL TARAF BUMIPUTERA PKK - ASAL

d) SALINAN PENDAFTARAN UPENS

e) Surat Wakil yang ditandatangani oleh penama di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

f) Satu (1) SALINAN bagi sijil-sijil berkenaan semasa membeli dokumen tender

Kontraktor yang berminat boleh mendapatkan dokumen tender di :

Kaunter Bhg. Ukur Bahan & Kontrak JPS Selangor, Tkt.5, Blok Podium Selatan, Bgn. SSAAS, 40626 Shah Alam, Selangor.

Mulai : 5hb Ogos 2021 hingga 3hb September 2021

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja (perlu membuat tempahan temujanji di https://forms.gle/beQ581C7m9yQXzA19) 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan pada waktu 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan semasa proses pembelian dokumen tender. 

 

Bayaran dokumen tender sebanyak RM200.00 hendaklah dibuat atas nama Pengarah JPS Selangor dalam bentuk Kiriman Wang/Bank Draf/Wang Pos sahaja.

Bayaran tunai tidak akan diterima. Bayaran dokumen tender dalam bentuk KIRIMAN WANG/BANK DRAF ADALAH AMAT DIGALAKKAN.

 

Jabatan berhak untuk menolak sebarang tawaran petender yang dikemukakan sekiranya terdapat keraguan maklumat yang disertakan atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dokumen yang telah lengkap seperti yang dinyatakan, hendaklah dihantar ke Peti Tender, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam, Selangor tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI pada tarikh tutup yang telah dinyatakan.

 

Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima selepas tempoh 150 hari dari tutup tawaran, maka tawaran adalah dianggap Tidak Berjaya.

 

Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G5) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM 5,000,000.00
Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM
DAN
CE36 KERJA TANAH
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
5 Aug 2021 Notis Pemakluman Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaMuhammad Fairuz Bin Md. Yusuf
E-melfairuz@waterselangor.gov.my
No. Tel03-5544 7376
JabatanJPS SELANGOR