Laman Utama / Sebut Harga

CADANGAN MENAIKTARAF SEBAHAGIAN BUMBUNG LALUAN PEJALAN KAKI, TEMPAT LETAK KERETA DAN MOTOSIKAL DI BANGUNAN IBU PEJABAT MBSJ, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA.

Majlis Bandaraya Subang Jaya · MBSJ.KUB.400-5/7/47
Maklumat Sebut Harga
Petender Majlis Bandaraya Subang Jaya
No. Sebut Harga MBSJ.KUB.400-5/7/47
Tarikh Iklan 11 Jun 2021 - 16 Aug 2021
Tarikh Jual 11 Jun 2021 - 16 Aug 2021
Tarikh Tutup 16 Aug 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan, Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya (Sebelum jam 12:00 tengah hari)
Kebenaran Khas Ya
Harga Dokumen RM 100.00
Syarat Sebut Harga

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil  Perakuan Pendaftaran (SPP) dan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred,  kategori dan pengkhususan berkaitan serta berdaftar dengan Unit  Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi perkara berikut :

Dokumen Meja Tawaran boleh dirujuk di Kaunter Informasi, Aras 1, MBSJ, Persiaran Perpaduan USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Dokumen sebut harga hanya  boleh diperolehi secara dalam talian melalui laman sesawang di  http://tender.selangor.my dengan harga RM100.00 senaskah. Petender juga adalah diminta untuk mengemaskini maklumat-maklumat syarikat di dalam laman sesawang tersebut.

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender/Sebut harga di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya sebelum jam 12.00 tengah hari.

Adalah dimaklumkan juga bahawa, selaras dengan arahan dari pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), semua penyerahan dokumen  tender/sebut harga hendaklah diserahkan selepas tempoh PKPD/PKP/PPN tamat dan tarikh tutup akan dimaklumkan dari masa ke semasa sepertimana di dalam Sistem Tender Online Selangor. Petender dimohon untuk sentiasa  menyemak dari masa ke semasa tarikh tutup sebenar di dalam Sistem ini.

Selain dari itu, dokumen tender/sebut harga juga boleh dihantar dengan menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/Kurier dan petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada tarikh tutup tender/sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan. Ini adalah bagi tujuan pematuhan MBSJ kepada Garis Panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM
Dokumen Meja Terkawal
Nama Saiz Jenis  
1. DOKUMEN BUMBUNG WALKWAY 524.93 kB application/pdf Muat Turun
2. AKP.CIDB.SH.PIND.14 306.64 kB application/pdf Muat Turun
3. PREAMBLES 17.25 kB application/pdf Muat Turun
4. RINGKASAN SEBUT HARGA 9.53 kB application/pdf Muat Turun
5. PRELIM 13.51 kB application/pdf Muat Turun
6. SENARAI KUANTITI 82.59 kB application/pdf Muat Turun
7. MAKLUMAT PETENDER CIDB PIND 2 415.33 kB application/pdf Muat Turun
8. PELAN 2.35 MB application/pdf Muat Turun
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
2 Jul 2021 MBSJ : NOTIS MAKLUMAN LANJUTAN TARIKH TUTUP TENDER / SEBUT HARGA BERIKUTAN PELAKSANAAN PKP & PKPD NEGERI SELANGOR Selanjutnya
2 Aug 2021 MBSJ : NOTIS MAKLUMAN LANJUTAN TENDER/SEBUT HARGA & SOP PENYERAHAN DOKUMEN Selanjutnya
5 Aug 2021 MBSJ : NOTIS MAKLUMAN TARIKH AKHIR SERAHAN DOKUMEN TENDER/ SEBUT HARGA Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaAhmad Azri Bin Abdul Hamid
E-melahmad.azri@mbsj.gov.my
No. Tel03-80264382
JabatanKONTRAK DAN UKUR BAHAN