Laman Utama / Tender

MEMBINA, MEMBEKAL, MEMASANG, DAN MENGUJIJAYA PINTU AIR, KERJA-KERJA ELEKTRIKAL SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI PINTU AIR BETING KEPAH, DAERAH SABAK BERNAM UNTUK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor ยท JPS/N/SEL/MK/06/2021
Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Maklumat Tender
Petender Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
No. Tender JPS/N/SEL/MK/06/2021
Tarikh Iklan 15 Apr 2021 - 11 Aug 2021
Tarikh Jual 23 Apr 2021 - 31 May 2021
Tarikh Tutup 11 Aug 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender.
Bhg. Ukur Bahan & Kontrak
JPS Selangor,
Tkt. 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam, Selangor
Kebenaran Khas Ya
Syarikat Bumiputera Sahaja Ya
Harga Dokumen RM 350.00
Syarat Tender

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam Gred kategori dan Kod Bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini.

Gred: G4

Kategori : CE & ME

pengkhususan : CE21, CE36, M15 dan E04 atau E11

Kontraktor hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS)

 

Sebagai usaha membendung dan mencegah wabak COVID-19, taklimat dan lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN untuk pembelian tender. Walau bagaimanapun pihak kontraktor yang berminat boleh melawat sendiri ke tapak dengan koordinat seperti di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan mengetahui keadaan/maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran tender. Sekiranya kontraktor mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakan, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian face mask adalah amat ditekankan.

 

Tempat Berkumpul dan Taklimat :  TIADA

Koordinat Lokasi Tapak : 3.784008, 100.825904

 

Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa :

a) SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN CIDB - ASAL

b) SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN CIDB - ASAL

c) SIJIL TARAF BUMIPUTERA PKK - ASAL

d) SALINAN PENDAFTARAN UPENS

e) Surat Wakil yang ditandatangani oleh penama di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

f) Satu (1) SALINAN bagi sijil-sijil berkenaan semasa membeli dokumen tender

Kontraktor yang berminat boleh mendapatkan dokumen tender di :

Kaunter Bhg. Ukur Bahan & Kontrak JPS Selangor, Tkt.5, Blok Podium Selatan, Bgn. SSAAS, 40626 Shah Alam, Selangor.

Mulai : 23hb April 2021 hingga 31hb Mei 2021

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan pada waktu 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan semasa proses pembelian dokumen tender. 

Bayaran dokumen tender sebanyak RM350.00 hendaklah dibuat atas nama Pengarah JPS Selangor dalam bentuk Kiriman Wang/Bank Draf/Wang Pos sahaja.

Bayaran tunai tidak akan diterima. Bayaran dokumen tender dalam bentuk KIRIMAN WANG/BANK DRAF ADALAH AMAT DIGALAKKAN.

 

Jabatan berhak untuk menolak sebarang tawaran petender yang dikemukakan sekiranya terdapat keraguan maklumat yang disertakan atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


Dokumen yang telah lengkap seperti yang dinyatakan, hendaklah dihantar ke Peti Tender, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam, Selangor tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI pada tarikh tutup yang telah dinyatakan.


Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima selepas tempoh 150 hari dari tutup tawaran, maka tawaran adalah dianggap tidak Berjaya.

Kod Bidang CIDB
Gred CIDB
  • (G4) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM3,000,000.00
Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

DAN

CE36 KERJA TANAH

DAN

M15 KELENGKAPAN MEKANIKAL PELBAGAI

ATAU

E04 PEMASANGAN VOLTAN RENDAH

DAN

E11 KERJA-KERJA AM ELEKTRIKAL
Makluman / Ralat
Tarikh Tajuk Tindakan
5 Aug 2021 Notis Pemakluman Selanjutnya
Pegawai Bertanggungjawab
Pegawai Bertanggungjawab
NamaNurul 'Amirah binti Khalil
E-melamirahk@waterselangor.gov.my
No. Tel03-55447365
JabatanPENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR