17 April 2026 • Oleh Jabatan Kerja Raya Petaling untuk PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN MENCUCI PEJABAT TERMASUK KERJA-KERJA LAIN BERKAITAN DI JABATAN KERJA RAYA DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TEMPOH 2 TAHUN (2026 - 2028)
Untuk makluman Penyebut harga,
Merujuk kepada dokumen sebutharga terdahulu, pihak kami memaklumkan bahawa terdapat pindaan pada SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA), seperti di bawah;
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank yang telah disahkan oleh pihak Bank bagi tiga (3) bulan terakhir * Februari, Mac dan April 2026
M/SURAT: MS SS/2-3
kepada
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank yang telah disahkan oleh pihak Bank bagi tiga (3) bulan terakhir * Januari, Februari dan Mac 2026
M/SURAT: MS SS/2-3 (ADDENDUM NO.1)
Sila rujuk muka surat yang telah dikemaskini sebagai dokumen rasmi. Semua penyebutharga hendaklah menggantikan muka surat (pindaan) berkenaan dan dimasukkan semasa pihak tuan menghargakan Ringkasan Sebut Harga dan hendaklah disertakan bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa penutupan sebut harga ini.
2. Kegagalan pihak tuan mengambil tindakan seperti yang digariskan di atas akan menyebabkan sebut harga tuan ditolak.
3. Oleh itu, Penyebut harga dimohon untuk memuat turun dan mengambil maklum Dokumen Pindaan yang terkini. Sila muat turun dokumen ADDENDUM NO. 1 di Bahagian Dokumen Sebut Harga.
4. Untuk perhatian tuan, TARIKH TUTUP SEBUT HARGA (ASAL) pada 21 APRIL 2026 (SELASA) TIDAK BERUBAH.
Sekian, terima kasih.