Ralat! : Addendum No.1 – PEMATUHAN SPESIFIKASI
Merujuk kepada dokumen sebutharga terdahulu, pihak kami memaklumkan bahawa terdapat pindaan pada muka surat PEMATUHAN SPESIFIKASI, seperti di bawah;
PEMATUHAN KEPADA SPESIFIKASI SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENJAHIT DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN
kepada
PEMATUHAN KEPADA SPESIFIKASI SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENJAHIT DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN KERJA RAYA DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN
Sila rujuk muka surat yang telah dikemaskini sebagai dokumen rasmi. Semua penyebutharga hendaklah menggantikan muka surat (pindaan) berkenaan dan dimasukkan semasa pihak tuan menghargakan Ringkasan Sebut Harga dan hendaklah disertakan bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa penutupan sebut harga ini.
2. Kegagalan pihak tuan mengambil tindakan seperti yang digariskan di atas akan menyebabkan sebut harga tuan ditolak.
3. Oleh itu, Penyebut harga dimohon untuk memuat turun dan mengambil maklum Dokumen Pindaan yang terkini.
4. Untuk perhatian tuan, TARIKH TUTUP SEBUT HARGA (ASAL) pada 21 APRIL 2026 (SELASA) TIDAK DILANJUTKAN
Sekian, terima kasih.