Salam dan Selamat Sejahtera,
Untuk makluman para pembida, terdapat ralat pada "Arahan kepada Penender" Item 1(a)(a) yang menyatakan “Harga dan tandatangan di Lampiran Q”. Dimaklumkan bahawa Lampiran Q adalah TIADA.
Sehubungan itu, para pembida adalah dikehendaki memastikan Borang Tender dicop dan ditandatangani dengan sempurna sebagai pengesahan tawaran.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan menghargai kerjasama semua pihak yang terlibat.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Perolehan,
Majlis Perbandaran Hulu Selangor
03-6064 3869