Dokumen sebut harga dijual dengan harga RM10.00. Pembayaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.my. Resit bayaran wajib disertakan dalam penghantaran dokumen sebut harga sebagai bukti pembelian. Bayaran dokumen tidak akan dikembalikan. Pemeriksaan kawasan perkhidmatan (Lawat Tapak) akan diadakan pada 28 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Lot 508 & 509, Kompleks Reban Ayam, TKPM Sepintas, Daerah Sabak Bernam jam 10.00 pagi. Lawat tapak adalah disyaratkan sebagai wajib bagi kontraktor yang ingin menyertai sebut harga. Syarat penting bagi sesi Lawat Tapak kontraktor hendaklah berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan serta hanya penama dalam Lesen PKK, CIDB, SPKK dan UPEN yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain serta perlu membawa Kad Pengenalan serta COP SYARIKAT dengan Nombor Pendaftaran Syarikat (SSM) bagi urusan pendaftaran.
* LOT 508 & 509, KOMPLEKS REBAN AYAM, TKPM SEPINTAS,
DAERAH SABAK BERNAM
SELANGOR DARUL EHSAN