29.2. Petender dikehendaki mengambilkira dalam harga tender untuk pematuhan perkara 29.1.
29.3. Kegagalan mematuhi Akta, Garis Panduan dan Prosedur Operasi Piawai yang telah ditetapkan menyebabkan tindakan boleh di ambil oleh agensi-agensi yang berkenaan dan sebarang tuntutan akibat tindakan ini tidak akan dipertimbangkan.
- HARGA INDIKATIF JABATAN
-
- Harga Indikatif Jabatan bagi tender ini adalah Ringgit Malaysia: Satu Juta Sembilan Ratus Sembilan Puluh Tiga Ribu Sahaja (RM 1,993,000.00 )
-
- Harga Indikatif Jabatan ini merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Kerajaan atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit.
-
- Pihak Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh menyiapkan kerja dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.
- TATACARA PENILAIAN TENDER KERJA KECIL
(BAGI PROJEK SECARA KONVENSIONAL BERNILAI RM10 JUTA DAN KE BAWAH)
- MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PENILAIAN KEUPAYAAN PETENDER BAGI TENDER KERJA KECIL
-
- Petender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian tender ini akan mengambilkira dan mementingkan keupayaan petender untuk melaksanakan projek yang ditender, di samping kemunasabahan harga tender.
-
- Penilaian akan dibuat berasaskan kelayakan asas tender, keupayaan kewangan, dan keupayaan teknikal (prestasi, dan beban kerja semasa serta pengalaman kerja) petender dan penilaian teknikal (kerja Mekanikal & Elektrik) bagi komponen/peralatan. Untuk membolehkan penilaian dibuat, petender dikehendaki melengkapkan borang-borang berikut yang disertakan bersama Dokumen Tender ini dengan sempurna dan mengembalikannya bersama-sama dengan tender masing-masing:
|
1.2.1
|
Borang A
|
|
Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat dan Kesahihan Dokumen yang Dikemukakan oleh Petender
|
|
1.2.2
|
Borang B
|
|
Maklumat Am Latar Belakang Petender
|
|
1.2.3
|
Borang C
|
|
Data Kewangan Petender
|
|
1.2.4
|
Borang CA
|
|
Laporan Bank/Institusi Kewangan Mengenai Kemudahan Kredit Petender
|