SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
2.1 Kontraktor yang berminat WAJIB mengisi borang pendaftaran secara dalam talian menerusi Google Form yang akan dimuatnaik di laman Tender Selangor dan Portal MDSB bermula 05 Disember 2023 sehingga 08 Disember, Jam 12.00 tengahari (Tutup).
2.2 Tawaran kerja ini adalah terbuka kepada syarikat bumiputera yang berdaftar dalam kelas G1 (tempatan) sahaja. Mana-mana kontraktor yang telah berjaya mendapat kerja di Jabatan ini pada tahun 2023 adalah TIDAK LAYAK menyertai cabutan kerja undi ini.
2.3 Selepas melengkapkan borang pendaftaran, syarikat WAJIB menghantar maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan secara hardcopy kepada urusetia bermula 07 Disember 2023 (Khamis) sehingga 08 Disember 2023 (Jumaat) sebelum atau sehingga jam 12.00 tengahari sahaja. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :-
2.4 Urusetia MDSB akan menyenaraikan syarikat yang berjaya tapisan pendaftaran pada 12 Disember 2023 (Selasa) jam 5.00 petang sehingga sebelum proses cabutan undi diadakan pada 13 Disember 2023 (Rabu).
2.5 Proses undian akan laksanakan secara Maya dan akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Rasmi MDSB pada 13 Disember 2023 (Rabu). Keputusan undian adalah muktamad dan sebarang rayuan adalah tidak dibenarkan.
2.6 Keputusan rasmi akan dipaparkan di Portal dan Facebook Rasmi MDSB.
2.7 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan sila hubungi Unit Perolehan, MDSB ditalian 03-3224 1000 sambungan 204.
LAMPIRAN A
Carta alir proses perolehan kerja secara undian adalah seperti berikut:-
|
Iklan Kerja Undi di Portal Tender Online Selangor dan Portal MDSB. Pendaftaran kontraktor secara online (WAJIB) melalui pautan google form yang disediakan. (05 Disember 2023 - 08 Disember 2023, jam 12.00 tengahari sahaja (Tutup)) |
|
Penyerahan Dokumen (WAJIB). Serahan Dokumen secara hardcopy kepada Urusetia (Unit Perolehan) bermula 07 Disember 2023 (Khamis) sehingga 08 Disember 2023 (Jumaat) sebelum atau pada jam 12.00 tengahari sahaja.
|
|
Pemakluman keputusan rasmi undian di Portal dan Facebook Rasmi MDSB 13 Disember 2023 (Rabu) jam 5.00 petang
|
|
Proses Undian akan dilaksanakan secara Maya dan disiarkan secara langsung di Laman Facebook Rasmi MDSB *13 Disember 2023 (Rabu) jam 2.30 petang (*sebarang pindaan akan dimaklumkan)
|
|
Paparan Kontraktor Layak Menyertai Kerja Undi. Kontraktor yang layak dipaparkan di Portal dan Facebook Rasmi MDSB 12 Disember 2023 (Selasa) jam 5.00 petang
|