Paparan Berita

24 Jun 2023

Arkib Berita Laman Utama

PELANJUTAN TEMPOH PENGIKLANAN SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHBAIKAN JALUR LEBAR 180Mbps (DEDICATED LINE) DAN PEMBEKALAN, PEM

Dimaklumkan bahawa Jabatan akan melanjutkan tempoh pengiklanan sebut harga Perolehan Penambahbaikan Jalur Lebar 180MBps (Dedicated Line) Dan Pembekalan, Pemasangan, Konfigurasi Perkakasan Router Tahun 2024 Secara Kontrak 4 Tahun Bermula 2024 Sehingga 2027 seperti berikut:

Tarikh Buka Sebut Harga : 12 Jun 2023
Tarikh Tutup Sebut Harga : 24 Julai 2023 (pelanjutan)

Terdapat beberapa pindaan keperluan dokumen dan lawatan tapak yang perlu dibuat bagi melancarkan penilaian sebut harga ini. Antara pindaan yang perlu dimasukkan dalam dokumen sebut harga adalah seperti berikut:

i) salinan penyata akaun bank bagi tiga (3) bulan terkini; dan
ii) taklimat untuk pelan migrasi pada 5 Julai 2023

Tuan-puan dijemput hadir taklimat tersebut:
         Tarikh : 5 Julai 2023 (Rabu)
          Masa : 10.00 pagi
         Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor
                         Tingkat 17, Bangunan Darul Ehsan, No.3 Jalan Indah 40646 Shah Alam.

Sekian makluman.