Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman tuan/puan sebut harga yang dinyatakan mempunyai ralat pindaan pada Syarat Khas. Oleh itu, Lawatan Tapak akan dilaksanakan semula pada 19 Jun 2023 (Isnin) pada jam 10.30 pagi di Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Shah Alam. Bahagian memohon maaf atas sebarang keralatan/kesilapan yang berlaku.
Sekian terima kasih.