CADANGAN JADUAL KADAR HARGA PERLANTIKAN PANEL
PEMBEKAL MAKANAN BERBUNGKUS UNTUK OPERASI DAN PROGRAM JABATAN
PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BAGI TEMPOH 12 BULAN + 12
BULAN (TAWARAN SEMULA)
- (MBPJ/SH/B/150/2021(R)
Tarikh tutup peti dokumen sebutharga bagi tajuk di atas, yang tutup pada
26 OKTOBER 2021 (Selasa) dilanjutkan pada 1 November 2021 (Isnin).
Jika tender/sebutharga yang dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, petender
hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang
telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender/sebutharga
selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang
timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Jika tender/sebutharga yang dihantar secara manual/ datang sendiri adalah digalakkan datang awal bagi mengelakkan kesesakan /kelewatan semasa
proses penghantaran dokumen, selaras dengan arahan oleh pihak kerajaan
berkenaan pelaksanaan PPN di seluruh Negeri Selangor berikutan mematuhi
SOP pencegahan penularan Covid-19.
NOTA: Segala perubahan tarikh akan dimaklumkan mengikut perubahan pemakluman dari masa ke semasa. Pihak tuan/puan boleh melihat tarikh tutup pada setiap tajuk pelawaan yang disiarkan.
Pihak
majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau
kesilapan pihak penender semasa membuat penghantaran dokumen pada tarikh
dan masa yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
b.p Bahagian Perolehan,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Bandaraya Petaling Jaya.