MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA
NOTIS MAKLUMAN TARIKH AKHIR SERAHAN DOKUMEN
TENDER/ SEBUT HARGA
Adalah
dimaklumkan bahawa, tarikh akhir serahan dokumen Tender/Sebut Harga sepertimana
dinyatakan sebelum ini adalah selewatnya-lewatnya pada 16 Ogos 2021 dan 19 Ogos 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari dan
dokumen boleh di hantar melalui pos berdaftar/perkhidmatan kurier sepertimana
yang dinyatakan di dalam Arahan Kepada Petender.
Petender
yang ingin membuat serahan tangan diminta untuk membuat temujanji lebih awal
kerana tertakluk kepada had maksimum 32 temujanji setiap hari. Majlis tidak
akan bertanggungajawab terhadap
kegagalan petender untuk mendapatkan temujanji disebabkan permohonan disaat-saat
akhir. Temujanji boleh dibuat dengan menghubungi di talian 03-8026 4382/4381.
Untuk
makluman, tarikh serahan dokumen ini juga tidak
akan dilanjutkan lagi dan petender perlu memastikan dokumen selamat dihantar
ke alamat dan waktu yang telah ditetapkan.
Petender
yang hadir temujanji adalah perlu untuk sentiasa mematuhi peraturan dan garis
panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Subang Jaya