Adalah dimaklumkan bahawa,
Tender/Sebut Harga yang tutup pada 2 Ogos 2021 dilanjutkan ke 16 Ogos
2021 manakala tender/sebut harga yang tutup pada 5 Ogos 2021 pula telah
dilanjutkan ke 19 Ogos 2021. Sehubungan dengan itu, satu e-mel pemberitahuan
telah dihantar kepada semua petender yang mengambil bahagian dalam Tender/Sebut
harga MBSJ tersebut.
Dokumen Tender/Sebut Harga
boleh diserahkan melalui pos
berdaftar/perkhidmatan kurier sepertimana yang dinyatakan di dalam Arahan
Kepada Petender. Sekiranya petender ingin membuat secara serahan tangan,
petender perlu membuat temujanji lebih awal dengan menghubungi talian 03-8026
4382/4381 dan ianya terhad kepada 32 orang setiap hari mengikut masa yang
ditetapkan. Petender diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan garis
panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Petender
juga dinasihatkan untuk tidak menunggu hingga hari terakhir bagi membuat
temujanji tersebut.
Terima kasih.