Adalah
dimaklumkan bahawa, Tender/Sebut Harga yang tutup pada 2 Ogos 2021 telah
dilanjutkan ke 16 Ogos 2021 manakala tender/sebut harga yang tutup pada 5 Ogos
2021 pula telah dilanjutkan ke 19 Ogos 2021. Sehubungan dengan itu, satu e-mel
pemberitahuan telah dihantar kepada semua petender yang mengambil bahagian
dalam Tender/Sebut harga MBSJ tersebut.
Dokumen
Tender/Sebut Harga boleh diserahkan melalui
pos berdaftar/perkhidmatan kurier sepertimana yang dinyatakan di dalam
Arahan Kepada Petender. Sekiranya petender ingin membuat secara serahan tangan,
petender perlu membuat temujanji lebih awal dengan menghubungi talian 03-8026 4382/4381
dan ianya terhad kepada 32 orang setiap hari mengikut masa yang ditetapkan.
Petender diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang
telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Petender juga
dinasihatkan untuk tidak menunggu hingga hari terakhir bagi membuat temujanji
tersebut.
Terima kasih.