Adalah
dimaklumkan bahawa, selaras dengan arahan dari pihak kerajaan berkenaan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) & Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), semua penyerahan dokumen tender/sebut harga hendaklah diserahkan selepas
tempoh PKPD/PKP tamat dan tarikh tutup akan dimaklumkan dari masa ke semasa
sepertimana di dalam Sistem Tender Online Selangor. Petender dimohon untuk
sentiasa menyemak dari masa ke semasa
tarikh tutup sebenar di dalam Sistem ini.
Selain
dari itu, dokumen tender/sebut harga juga boleh dihantar dengan menggunakan perkhidmatan
Pos Berdaftar/Kurier dan petender hendaklah memastikan dokumen tersebut
selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan di dalam Arahan Kepada Petender
sebelum atau pada tarikh tutup tender/sebut harga selewat-lewatnya pada pukul
12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak
akan dilayan. Ini adalah bagi tujuan pematuhan MBSJ kepada Garis Panduan
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Sila hubungi no. telefon
di talian 03 - 8026 4390 / 03 - 8026 4380 sekiranya pihak petender mempunyai
sebarang pertanyaan berkenaan perkara yang dinyatakan di atas.