Selaras dengan arahan oleh pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan PKP
& PKPD di seluruh negeri Selangor berkenaan dengan situasi terkini
penularan Covid-19, adalah dimaklumkan bahawa semua tarikh tutup Tender & Sebut
harga MBSJ akan dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan dalam masa
terdekat. Sila rujuk ke Laman Web ini semula dari masa ke semasa untuk mengetahui
tentang pindaan tarikh-tarikh tersebut yang akan dipaparkan kemudian. Harap
maklum